ISU-ISU


Dr Aziz Bari Jawab Awang Selamat

Monday, 17 October 2011
Oleh : Dr Abdul Aziz Bari
Saya sudah mengambil keputusan untuk membawa segala fitnah dan kekeliruan yang dibawa oleh Utusan Malaysia dan pihak-pihak tertentu ke mahkamah.
Sebab itu saya tidak mahu mengeruhkan suasana. Dan saya tidak mahu terlibat dalam perbicaraan melalui media yang tidak adil ini meskipun Utusan semacam sudah menjatuhkan hukuman ke atas saya.
Bagaimanapun apa yang ditulis oleh [...]

Ucapan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012

Tuesday, 11 October 2011
MUQADDIMAH
1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.
2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan [...]

Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat

Tuesday, 04 October 2011
Teks ucapan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat
Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim
4 Oktober 2011
MUQADDIMAH
1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.
2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat [...]

Memaknai Kemerdekaan Menjelang Sambutan Pembentukan Negara Malaysia

Friday, 16 September 2011
Kita baru sahaja menyambut ulang tahun ke 54 Kemerdekaan negara dan esok rakyat negara ini akan menyambut pula Hari Malaysia pada tanggal 16hb September. Setiap kali menjelang dua sambutan yang sungguh bererti itu, kita pastinya mengambil kesempatan tersebut untuk menghimbau sejarah negara. Himbauan tersebut pada asalnya mahu menjana semangat patriotisme, keyakinan, dan kegigihan untuk berusaha [...]

Pelaburan Tertinggi, ‘Selangorku’ Bukan Slogan Kosong

Thursday, 15 September 2011
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membentangkan data ringkas jumlah pelaburan di Selangor sehingga Jun 2011 yang mencecah RM5.2 bilion yang terdiri dari 135 projek. Selangor mencatat peningkatan ketara dari segi bilangan projek berbanding negeri lain yang kebanyakannya kurang daripada 50 projek.
Ini sekaligus meletakkan Selangor di tempat teratas dari segi jumlah pelaburan [...]

Cara Rasulullah S.A.W Menyambut Aidilfitri

Monday, 29 August 2011
1. Bertakbir
- Sunat bertakbir pada Hari Raya Aidilfitri bermula dari malam raya sehingga imam mengangkat Takbiratulihram untuk solat sunat Hari Raya.
2. Mandi Sunat, memakai pakaian yang terbaik(bukan semestinya baru!) dan berwangi-wangian.
- Imam Al-Hakim telah meriwayatkan bahawa Hasan Bin Abi Talib r.a berkata : “ Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami pada kedua-dua Hari Raya supaya memakai [...]

BN Dialu-alukan Contohi Polisi Ekonomi Pakatan Rakyat

Tuesday, 23 August 2011
Dzulkefly Ahmad
Ahli Parlimen Kuala Selangor
Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat mengalu-alukan kesedaran terlewat oleh Barisan Nasional mengenai betapa peripentingnya membantu golongan yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
Disebalik topeng projek-projek infrastruktur mega yang dijulang dan digemari oleh kerajaan Barisan Nasional ialah sebuah Negara Malaysia yang sebenarnya amat sederhana pencapaiannya. Beratus billion telah dihabiskan untuk berbagai rancangan induk [...]

Berhentilah Merokok Sempena Ramadan

Monday, 01 August 2011
Oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid
Eksekutif Komunikasi Korporat
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
“Eleh…engkau mana tahu nikmat merokok. Dah jadi perokok macam aku ni…huh…tiap kali lepas makan, mesti nak pekena rokok!” Demikianlah secebis bicara perokok. Dengan bangganya, mereka mempertahankan legasi ‘kemerokokan’ mereka. Mereka tiada keseriusan untuk merenung, apakah tabiat merokok mereka itu selari dengan budaya, ajaran agama dan cara [...]

Tazkirah : Persediaan Ramadan Dalam Mencari Taqwa

Monday, 01 August 2011
Ramadan ialah nama bagi sebuah bulan dalam bulan-bulan kiraan Islam dan sebuah kata nama dalam bahasa arab yang disebut oleh sesetengah pakar bahasa sebagai diambil dari kalimah “Ramada” (panas membakar ) dan hal ini lantaran kerana waktu ini manusia berpuasa menahan diri dari makan dan minum sehingga kepanasan tekak kerana kehausan manakala menurut riwayat dari [...]

APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN DAN SIAPAKAH DIA UWAIS AL-QARNI?

Monday, 01 August 2011
Oleh : Datuk Dr. Haron Din
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan  Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan [...]

Jangan tipu rakyat lagi

Thursday, 21 July 2011
Anak kecil main api
Satu situasi yang saya ingin kongsikan dan kita fikirkan bersama. Telah menjadi lumrah dalam kehidupan kita jika seseorang penjenayah yang benar-benar telah melakukan jenayah seperti membunuh, merompak atau mengedar dadah akan berasa takut untuk berhadapan dengan polis walaupun berselisihan dengan secara tidak sengaja.
Malahan dengan sedaya upaya untuk mengelak dan melarikan diri dari [...]

Pembohongan Umno Terserlah!

Wednesday, 14 July 2010
oleh Anwar Ibrahim
Alhamdulillah saya dan Azizah dapat menunaikan ibadat umrah dengan tenang. Doa kami moga umrah mabrur, sa’i mashkur dan amalan solehah.
Rupa-rupanya tatkala di Makah al Mukarramah, serangan fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya. Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India pastinya tali barut CIA. Khabar ini [...]

Allah Untuk Semua!

Monday, 11 January 2010
oleh:Dr.Dzulkefly Ahmad ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Saya amat insaf isu penggunaan kalimah “Allah” oleh penganut Katolik Kristian di negara ini bakal menimbulkan pelbagai reaksi buruk seandainya penganut Islam dan penganut agama lain khususnya Kristian gagal mengawal emosi dan tidak faham isunya yang sebenar.
Perasan tersebut menghantui penulis, selaku ahli Lujnah Politik [...]

PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH

Wednesday, 06 January 2010
Kenyataan Media
PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH”
Merujuk kepada kenyataan kami pada 22 November 2009 mengenai perkara di atas, maka Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama (BIPPA) Parti KeADILan Rakyat sekali lagi ingin menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.
Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka [...]

rWalaupun Baru Setahun, PR Bermula Dengan Cemerlang


Monday, 09 March 2009
Semalam, genaplah setahun selepas pilihan raya umum ke-12 yang menyaksikan Selangor dikuasai tiga parti politik, Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS yang akhirnya membentuk kesepakatan baru dengan nama Pakatan Rakyat (PR).
Ikuti temubual dengan Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkongsi kejayaan melaksanakan dasar-dasar baru untuk rakyat dan perancangan beliau dalam [...]

Selangor Bentang Bajet Berimbang

Monday, 29 December 2008
Selangor memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion dalam Bajet 2009 dengan 51 peratus daripada jumlah itu dicadangkan untuk perbelanjaan pembangunan dan 49 peratus perbelanjaan mengurus.

Selangor Sasar Muncul Antara Kelab Terkuat Asia Menjelang 2015

Monday, 29 December 2008
Pasukan Bola Sepak Selangor di bawah teraju pengurus pasukan, Zakaria Ab Rahim menjadikan tahun 2015 sebagai sasaran untuk muncul sebagai salah sebuah kelab terkuat di Asia.

Teresa Kok Jelaskan Isu Azan, Tulisan Jawi, Jais

Monday, 29 December 2008
Dua minggu lalu, negara dikejutkan dengan tangkapan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membabitkan tiga individu. Mereka ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang juga Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.

ISA Tidak Relevan – Syed Ibrahim

Monday, 29 December 2008
Penahanan tiga individu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco), Teresa Kok, pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 12 September lalu mengundang pelbagai reaksi.

Sistem Pendidikan Negara Perlu Diperbaiki – Khoo Kay Kim

Monday, 29 December 2008
Pendapat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pembukaan 10 peratus kuota kemasukan pelajar bukan bumiputera dan asing ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengundang pelbagai reaksi.

Tan Sri Abdul Khalid Mahu Gunakan Pengalaman Dalam Sektor Korporat Majukan Selangor

Monday, 30 June 2008
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lahir pada tahun 1946 di Jeram, Selangor dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975. Beliau pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan di Permodalan Nasional Berhad (PNB) termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan dan sehingga 2003 merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie [...]




Pembangunan Sosial Tidak Dipinggirkan

Thursday, 19 June 2008
WALAUPUN berstatus negeri maju sejak tiga tahun lalu, Selangor tidak pernah meminggirkan aspek pembangunan sosial. Dan menyedari pembangunan sosial perlu selari dengan kemajuan yang sedia ada, Selangor telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan program yang boleh  meningkatkan kualiti hidup rakyatnya. Langkah kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan Belia (JKB) amat bertepatan sekali dengan matlamat Selangor yang ingin melahirkan [...]

Taman Sains Selangor 2 Tarik Pelabur

Sunday, 01 June 2008
TAMAN Sains Selangor 2 (SSP2) yang dibangunkan di Kawasan Perindustrian Bukit Baja, Sepang menjadi satu lagi tarikan untuk para pelabur ke Selangor selepas kejayaan memajukan Taman Sains Selangor 1.
Taman yang terletak di kawasan perindustrian Bukit Baja, Sepang dan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Cyberjaya dan Putrajaya bakal melonjakkan nama Selangor sebagai destinasi pelaburan [...]

Sepang Gold Coast Produk Pelancongan Baru di Selangor

Friday, 30 May 2008
SEPANG Gold Coast kini mula disebut-sebut sebagai lokasi paling ideal untuk dikunjungi seisi keluarga apabila siap kelak. Destinasi percutian baru yang lebih dikenali sebagai ‘Syurga Pesisir Pantai Terpanjang di Asia’, pastinya menjanjikan suasana percutian menarik dan berbeza bagi pengunjung yang mencari penginapan, hiburan dan membeli-belah. Tanpa perlu menghabiskan ribuan ringgit untuk ke luar negara, Sepang Gold Coast [...]

Raftah Aktif Menyanyi Keroncong

Thursday, 01 May 2008
AGU keroncong sudah sebati dengan dirinya. Apa tidaknya seawal usia 11 tahun lagi beliau sudah didedahkan dengan irama ini. Jadi tidak hairanlah dalam usia 58 tahun beliau masih lagi aktif menyanyi dan menerima undangan persembahan. Raftah Bachik atau nama sebenarnya Sity Ramlah Md Sotan, penyanyi veteran yang sinonim dengan lagu-lagu asli dan keroncong sekitar tahun 1960-an [...]

Tan Sri Abdul Khalid Mahu Gunakan Pengalaman Dalam Sektor Korporat Majukan Selangor

Monday, 31 March 2008
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lahir pada tahun 1946 di Jeram, Selangor dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.

Laman Web Rasmi Kerajaan Selangor Terbaik 2006

Sunday, 30 March 2008
LAMAN web rasmi kerajaan negeri Selangor terpilih sebagai laman web rasmi kerajaan terbaik 2006 dalam kajian MDeC melalui Malaysian Government Portals and Website Assessment.
Laman yang beralamat www.selangor.gov.my itu dibangunkan Pusat ICT Selangor yang berpejabat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Kajian yang dihasilkan MDeC itu adalah berdasarkan Benchmarking And Comparative Study of Malaysia Government Portals and [...]

Tenunan Songket Subur di Selangor

Friday, 15 February 2008
SEBUT sahaja songket, fikiran kita akan tertumpu ke negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang kerana industri itu memang sinonim dengan pantai timur.
Justeru, apabila perusahaan songket wujud di Selangor, lebih-lebih lagi di tengah-tengah bandaraya Shah Alam, ia tentunya menimbulkan banyak tanda tanya. Tetapi itulah hakikatnya. Sejak empat tahun lalu, perusahaan tenunan songket yang diusahakan sebuah syarikat bumiputera wujud [...]lalu la



Kelip-kelip Menerangi Masa Depan Penduduk

Thursday, 31 January 2008
KECIL dan terpingit, Kampung Kuantan, desa yang tersorok kira-kira 10 kilometer dari Kuala Selangor, hampir tidak dapat dikesan di atas peta.
Namun, nama kampung yang hanya dihiasi rumah-rumah usang dan sederhana itu menjadi sebutan manusia seluruh dunia dengan daya tarikannya tersendiri.
Apa yang membezakan nasibnya dengan nasib banyak kampung lain ialah kelip-kelip, serangga keramat yang sejak bertahun-tahun [...]

Zurinah Abadikan Diri Dalam Penulisan

Friday, 18 January 2008
PEMIKIRAN dan proses kreatif seseorang penulis dibentuk oleh pengalaman hidup, pergaulan, alam sekeliling dan pembacaannya. Demikian kata penulis terkenal, Zurinah Hassan yang sudah mengabdikan diri dalam bidang penulisan hampir lima dekad lamanya.Beliau yang pernah memenangi tempat kedua Anugerah Tokoh Wanita Selangor 2006 menyifatkan usianya di dalam bidang penulisan sudah terlalu lama namun beliau bersyukur dengan bakat [...]ma namun beliau bersyukur dengan bakat [...]

No comments:

Post a Comment