PENDIDIKAN


Memperbaiki Pelajaran dan Pembelajaran (P&P)

Dari Segi Pelajaran


Dari segi pelajaran,Negeri Selangor juga tidak ketinggalan untuk maju ke hadapan.Antara yg perlu ditambah supaya Selangor terus berada di hadapan ialah kanak-kanak haruslah dipupuk sejak kecil untuk mencintai pelajarannya.Antara langkah-langkah yg diambil ialah memberi ipad kepada pelajar secara percuma keranan di zaman era globalisasi ini teknologi amat penting dan di titik beratkn.Ipad dapat membantu dari pelbagai aspek antaranya dapat meringankan beban yg perlu dipikul untuk ke sekolah,juga dapat berdaya saing untuk menjadi negeri yg maju

Dari Segi Pembelajaran
Dari Segi pembelajaran Kerajaan Selangor perlu memilih guru,pensyarah yang bertauliah untuk mendidik murid-murid supaya lebih berilmu dan tidak ketinggalan dalam bab pelajaran.







Universiti Teknologi Mara (UITM) yang terletak dekat dengan pusat Bandar Shah Alam. Keseluruhan kawasan universiti merangkumi keseluruhan seksyen yang terletak di barat bukit bandaraya yang dikenali sebagai Seksyen 1. Di Seksyen 19 pula, terdapat satu cawangan kampus UITM yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Kebangsaan (INTEC), Malaysia, dimana pelajarnya perlu menempuhi progra, persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. INTEC UITM adalah satu-satu kampus UITM yang menerima pengambilan pelajar bukan bumiputra.  


Selain itu, terdapat juga institusi pengajian lain di Selangor termasuklah kampus kota Universiti Selangor yang terletak di Seksyen 7 dan kampus induk terletak di Bestari Jaya. UNISEL merupakan universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor yang pertama ditubuhkan di Selangor dan Malaysia. Meskipun UNISEL merupakan hak milik penuh Kerajaan Negeru Selangor, taraf universitinya masih dalam kategori universiti swasta yang mana universiti ini dikelola oleh Pendidikan YS Sdn. Bhd., sebuah perbadanan milik kerajaan negeri Selangor Kumpulan Darul Ehsan Berhad. 
Universiti Pengurusan dan Sains ataupun Management and Science University merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi swasta di Shah Alam, Selangor, Malaysia. MSU telah dinaik taraf daripada KUTPM pada 2 Oktober 2007 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.