SEJARAH



SEJARAH


Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.
Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874 iaitu J.G Davidson. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.
Negeri Selangor mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Sultan negeri ini merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Sejak tahun 2001, gelaran Sultan telah dipegang oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dimiliki oleh Dewan Undangan Negeri. Dewan ini melantik ahli Dewan untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).




ASAL USUL SELANGOR


Beberapa cerita yang dikaitkan dengan asal usul nama Selangor. Antaranya ialah dikatakan daripada sejenis serangga yang digelar ‘langau’.Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika berehat di tebing sungai.Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan  yang diberi namaSe-Langau dan akhirnya menjadi Selangor.
Kononya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut. Ada diantara pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala Sungai Mentangau’seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor.
Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’. Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi ‘selangur’.