NEGERI-KU





Asal nama Selangor tidak jelas, walaupun beberapa sumber mendakwa bahawa namanya telah diambil daripada perkataan "selangau", iaitu sejenis lalat besar, disebabkan oleh bilangan lalat yang ada berhampiran dengan Sungai Selangor, di bahagian barat laut negeri ini. Satu lagi teori mendakwa bahawa nama negeri ini diambil daripada frasa "Selang Ur" bermaksud "tanah selat" ("ur" membawa maksud "tanah" dalam bahasa Tamil).





Negeri Selangor Diterajui Oleh Sultan Selangor



DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ

D.K.,D.M.N.,D.K.(Terengganu).,D.K.(Kelantan).,D.K.(Perak).,
D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah).,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.J.

Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan
Serta Segala Daerah Takluknya


Perincian Logo Selangorku

1. Pembentukan kata yang diterakan secara condong adalah bagi menunjukkan rakyat ”memandang atau menuju ke hadapan” sejajar dengan dasar Kerajaan Negeri untuk mencapai kepesatan pembangunan dan kemajuan negeri bagi manfaat rakyat keseluruhannya.
2. Huruf “O” dalam kata Selangor diperlihatkan dalam bentuk hati dan memagari bendera negeri, yang melambangkan kecintaan dan komitmen Kerajaan Negeri ke arah kehidupan rakyat Selangor yang lebih terjamin.
3. Warna-warna yang melambangkan keberanian dan kematangan, samada merah,kuning atau hitam, menunjukkan kebergantungan
yang kuat terhadap keadilan,ketelusan, hak asasi rakyat, kesamarataan dan prinsip-prinsip kesejahteraan hidup.
4. Warna merah melambangkan keberanian setiap rakyat untuk menyatakan kebenaran.
5. Warna kuning melambangkan budi pekerti lahir dan batin pihak Kerajaan Negeri dalam usaha mengembalikan hasil negeri kepada rakyat majmuk negeri Selangor demi kesejahteraan bersama.
6. Warna hitam melambangkan ketenangan dan kematangan dalam amal dan perbuatan di pihak Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor seluruhnya.